Rabu, 26 Februari 2014

Saya Kini kembali lagi..for new version!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…


Saya kini kembali setelah dua tahun tak mengupdate blog ini..dalam masa dua tahun pelbagai perkara telah dilalui, daripada cerita saya bujang, kahwin dan KINI saya telah mempunyai cahaya mata yang Comel.
Menggalas bebanan sebagai isteri, ummi, anak dan PKSP telah menjadikan masa sedikit sukar, tambahan pula bila berada dirumah masa untuk meng’update blog adalah amat terhad.
Now, saya terfikir  untuk menjadikan blog ini sebagai blog ilmiah juga..insyaallah dari semasa ke semasa saya akan cuba updatekan tentang kisah-kisah suka duka sebagai PKSP di Hospital..

Kita jumpa pada cerita akan datang..untuk hari ini saya updatekan gambar anak saya, 2 tahun on 13/3/2014 nanti..





My Dotter Adni Nuha


 Me and Lovely Husband mR Nizam


.
.
.

Insyaallah saya berharap mmepunyai lebih masa untuk menulis didalam blog ini...bila menulis ia adalah satu kepuasan untuk saya!





Ahad, 21 Oktober 2012

cerita 11 september 2011

Assalamulaikum w.b.t

Tetiba tangan aku mengklik pada folder picture, folder bertarikh 11 september, dan akhirnya membuatkan hati terasa rindu pada tarikh tersebut. Gambar tersebut akan menceritakan segalanya...betapa Allah Maha Besar memberikan kami merasai kasih dan rindu..




Pada hari tersebut aku cuba masak karamel puding, ini makanan kesukaan aku..sbb tu ku nak kawan2 aku pun rasa bersama..Kegembiraan bersama osmetku,  zai dan jah  masa menyediakan menu ini tetap dlm ingatan. Zai n jah da macam adik aku, n masa kt umah akulah masterchef yang mengajar diorang semua..w/pun masa tu aku tak sure berkaitan ngan resepi..hahahahahahha (kekadang aku google je kt tenet)
 

 
First time kami serumah masak daging dendeng, ni sbb si Hazwan yg request, memandangkan kami semua jauh daripada keluarga, jadi ape2 permintaan kawan2 cuba kami penuhi..jah dengan bertungkus lumus menyiapkan daging dendeng ni..orr nama jolokan yg kami bagi daging dendangggggg..

 
Hazwan (berkacamata) aku yg cute itu dan jah @ Zakiah

 
Fahmi..memperlihatkan hasil kejenya..Fahmi antara kawan aku yg plg awal menninggalkan Ranau..rindunya saat ni..

 
kek Zai yang belikan sempena besday aku, Hazwan, Sepol dan akmal

 
Fahmi wat umah ni mcm umah dia..jer..weii ni umah org ler..kenangan..sebenarnya time ni semua homesick..sbb tu umah org wat mcm umah sendiri jer..

 
 







 
Uncle belly..thanks jd bapa kami untuk sementara

 
mami salina..saya rindu mami..
 
 
.
.
.
.
.
.
Masihkah korang ingat sewaktu kita bersama-sama, bertungkus lumus memasak, pegi tamu dengan keta wan, masak daging dendangg, buka radi THR F>M kemudian nyanyi kuat2 masa masak kt dapur, korang tumis bawang tetiba aku lari masuk bilik sbb alahan dengan bau tumisan, gelak2..sakat2 masa aku melawat kawasan??!!! owhhh..rindu..semamangnya aku rindu kehidupan yang singkat i Pekan Ranau, Bersama kawan2 yg sgt baik..

Jumaat, 3 Februari 2012

Hidup tanpa Kerja Part 1

Assalamualaikum..

Dah hampir sebulan aku tak kerja..mula2 rasa kekok gila x keje..boring xleh nk cakap..amik masa plak nk kena sesuaikan diri kt umah mentua, maklumlah sebelum ni kan aku duk membujang walaupun dah kahwin, klu balik pon paling koman seminggu, itu pun x lekat kt umah..ade je plan nk jenjalan.. tapi balik kali ni bercuti panjang, 5 bulan beb..ape lagi mggu pertama hati memberontak, jiwa meronta2..kemurungan sekejap..nasib baik dapat husben memahami..di wat donno jer bila aku geram ke hape...mak mentua aku..hurmm..mmg aku tabik arrr..aku duk umah ni bagai tuan puteri kayangan pun ade..bgn tdr, mkn..pastu tgk tv..membesarkan bontot..tdr lagi..tdr lagi..mkn lagi..hehehehhe  tapi aku rajin gak kemas bilik aku jer..abis dinding2 aku basuh sekali, boring katakan..


tapi ade dua perkara yang menjadi kerja sampingan aku kt umah ni..



kopek telur


kopek timun

hahahahahha..itulah keje aku sebagai surirumah buat masa ni..tenkiu gak kt hasben aku yer bg keje part time ni..orait now aku kena masuk keje dlu..chowww..nanti tulis lg entry sepanjang aku bercuti..chowwwww

Selasa, 11 Oktober 2011

SYUKUR!!!

Assalamualaikum w.b.t

Walau aku dah lama tidak mengarang apa-apa cerita di blog yang entah atau tidak ade pembacanya, aku tak kisah asalkan ianya dapat jadi kepuasan pada diri sendiri, blog ini aku anggap tempat yang terbaik me’release’kan perasaan yang kadang-kadang entah apa rasanya.

Tetiba minggu ini aku merasa diri amat down atau lebih senang tak de langsung motivasi apabila nak kerja ataupun kat rumah, rasa seperti hilang semua jiwa-jiwa kental aku dlu. Adakah ini mood orang mengandung disebabkan pembawakan budak?? Atau memang penyakit kejiwaan yang dicipta oleh aku sendiri?

Manakan tidak aku cakap begitu, kain kalau aku basuh minggu ni, minggu depan aku baru aku terhegeh2 nak lipat, selagi housemate aku tak kata nak guna penyidai kain tu, tak de maknanya aku nak angkat baju2 tu semua, kadang2 aku rasa memang tak patut aku nihh..tapi syukur..housemate aku ni baik2 semua, hope diorang tak terasa hati la ngan perangai aku ni..aku tetap sayang housemate aku seperti adik2 aku jugak.

Itu baru cerita kat rumah, citer kat ofis plak, masuk jer bilik, tp nk muntah2..pening dan rasa mcm nk tidur, nak buka fail kes pun dah malas, kadang-kadang aku biarkan aje fail kes tu kt rak tanpa berusik, sedih betul, tapi memang jiwa dan mood keje tiada, apa aku boleh buat selama tiga hari dah aku wat macam tu.

Aku rasa seperti keja aku dah merosot, huhhh..penat, banyak perkara yang sedang mengacau kepala otak aku sekarang, fikir pasal kak long yang sakit, fikir pasal mak mentua nak ke mekah, fikir pasal suami x de kawan bila mak dia ke mekah, macam2 fikir..benda yang patut aku fikir pun datang menyemak gak kepala otak ni..

Tapi apa pun aku lalui, aku masih tetap bersyukur, aku tak terlalu jauh dibawa perasaan, walaupun orang yang aku saying, orang yang aku nak jumpa, dan orang yang aku nak lawat tak de depan mata, aku masih lagi berhubung dengan telefon, itulah cara aku memujuk hati, aku jugak syukur banyak2, di kala aku buat perangai ntah ape-apa, housemate aku masih lagi maintain, aku jugak bersyukur, kawan-kawan aku masih lagi bantu aku bagi semangat, motivasi, sokongan dan dorongan, aku amat bersyukur memiliki teman-teman sebaik mereka.

SYUKUR!!!! Sebab Allah pisahkan sementara aku dengan orang2 yang aku sayang, tapi Allah berikan aku kawan-kawan yang begitu penyanyang.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Bermula episod kehidupan baru

Assalamualaikum
Seperti biasa setelah bersawang penuh blog ini, barulah tuan empunya sibuk untuk menyapunya. Tak kisah lah, janji blog ini masih bertuan.

Di kesempatan ini jua, ingin mewarkan bahawa tuan empunya blog ini telah dimiliki sepenuhnya dan majlis berjalan dengan penuh kesederhanaan.Alhamdulillah.

Majlis berlangsung di rumahku pada 3.6.2011 dengan majlis akad nikah, kemudian pada keesokannya adalah hari menjamu selera.



yang sentiasa menyeri majlis adalah anak-anak saudaraku

kredit untuk kawan-kawan ma aku kerana sudi meluangkan masa untuk majlis Khatam Al-Quran

kredit tuk jo dapur, kerana memasak dengan penuh kesabaran

ipar duai adik abg yang tak jemu membantu sehingga akhir majlis

adik-adik yang memang tak tidur malam membantu..thanks!
Pada 12.6.2011 adalah majlis walimah di rumah pihak lelaki, Alhamdulillah berlangsung dengan sempurna dan gambar di atas adalah merupakan keluarga baru aku nanti, semoga Allah memberkati kehidupan baru ini.

kredit pada cameraman kerana snap gambar yang cantik2

kawan-kawan mak mentua yang menjayakan majlis cukur jambul dan marhaban

kredit pada kak liza..nice make up!!!

Kredit pada band yang memeriahkan majlis

pada penyanyi yg menyumbangkan lagu, thanks jadi penyeri majlis
akhirnya untuk mereka ahli persatuan yang memasak!!!

Thanks kepada semua yang menjayakan majlis wlimah kami terutama kepada ahli keluarga kedua-kedua belah pihak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

Jumaat, 18 Februari 2011

Gift From Heaven~Syafiyyah Humaira~

Syafiyyah with her abah

butek a.k.a Syifa..her cousin
Syafiyyah look u have a big family..


Syafiyyah with her cute and a hot aunty



Syafiyyah have a two lanona (grandma) :)

Syaffiyyah with her ibu


Be a good daughter..Insyaallah. Syafiyyah Humaira


Alhamdulillah, Bulan lepas aku dapat ahli keluarga baru~Syafiyyah Humaira~aku letakkan gift from heaven bkn ape, mengenangkan kesusahan, dugaan dan cabaran akak aku membawanya sembilan bulan. Kesian x terhingga aku tgk akak aku nihh..penantianya selama 5 tahun, akhirnya tertunai jua. Tapi dengan keadaan kesihatan (penghidap diebetes) dan umur dah agak matang gitu, kesian plak tgk dia bila pregnant, keluar masuk hospital sepanjang tempoh 9 bulan dah biasa, cucuk situ, cucuk sini..abis lebam peha dan tgn. X cukup tu..kejap2 pening..darah naik, pengsan..adusss..sabar aje lah..nasib baik la husband dia penyabar orgnya, x pernah biarkan akak aku keseorangan. Thanks su yi jaga kak idah aku yang garang gitu..hahahahah..ape pun pengubat rindu dan jiwa diorang ni dah datang..seronok bila tgk keluarga ni dah sempurna.
*hope entry ni dapat memuaskan hati alang yg jauh di UUM sana yg x sempat lagi nk ziarah keluarga baru kita.















Isnin, 7 Februari 2011

Ape yang dah terlepas, tetap mau update gak (Adengan di pagi Raya Aidil Adha)

Sebab dah berkurun aku tak memblog, jadi aku akan memblog dengan lebih bersungguh2 lagi pasni, so aku uploadkan pic aku masa raya haji kat umahku, kitaotang ni x kira raya ape mesti meriah punya! Tambah2 bila semua balik beraya..mak oii..bergegar abis lantai umah aku dengan gelak tawa dan usik mengusik kami adik beradik..
Hari Raya Aidiladha tetap ade sesi bermaafan..Pak Dollah sedang tersengih2 coz mmg dia suka sgt ngan kamera

Posing di pagi raya bersama adik, kakak dan abg tersayang, masing-masing sedang menunjukkan gaya ala model gitu, bab saiz badan kita tolak tepi yang penting pose mesti cunn!!!
Bergambar kenangan dengan "bakal yang akan disayangi"
(first publish this pic for public :)) adessss...malunya den..

my Hero, suka duk kacau mak sedara dia, n suka cakap "pajak tak rambut amin???"
Halusssss...

My Tukang Kebun, kena bully ngan adik2 aku, tp aku suke!!! lelaki kena be strong, bersihkan laman umah aku..hahahahahah..so setakat ni aje aku upload utk hr ni..sok plak aku sambung citernya...zasssssss