Subhanallah Tabarakallah.. aku masih lagi diberi nafas untuk terus hidup pada hari ini, memang agak lama aku tak mencoret kisah kisah kehidupan di blog ni. Penulisan aku memang tidak secantik blogger lain, tapi biarlah bagi aku ianya satu kepuasan dalam diri..seperti blog ni..ianya mengimbau banyak kenangan..sebenarnya aku hampir terlupa bahawa aku masih mempunyai blog..rasanya hampir 3 tahun, kalau lah rumah dah abis bersarang labah labah dah gamaknya..nasib la duhai blog.
Nak dijadikan cerita, sebenarnya hari ni aku tertinggal hp kat rumah, jadi byk la masa aku mengecheck email..mula la explore dan akhirnya jumpa gambar dalam folder 'Saya Kamu dan Dia'..terfikir sejenak?? folder ape tu ye..bila tgk balik..wahhh ni semua pic kt blog..bestnya tgk balik gambar zaman muda mudi dulu..so ape lg try la on blog ni..alhamdulillah masa lg diberi peluang mengetuk keyboard ni..
Apa dah jadi sepanjang 3 tahun ni..Banyak kejadian pahit dan manis..tp itu adalah lumrah kehidupan. Hidup sibuk dengan anak-anak..hidup sibuk dengan kerja..tapi sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan. Masih diberi rezeki, nikmat dan rahmat dalam kehidupan. Semoga Allah terus pelihara kami sekeluarga.
Oklah, dah hampir 25 minit dah menulis intro untuk pembuka blog tahun 2019 ni..aku nk google pic yang elok skit nk up supaya leh buat kenangan..
sebelah ni gambar aku ngan kekasih hati, kawan gaduh, kawan tempat mengadu dan kawan selalu ada waktu susah dan senang
ni cinta hati kedua, Aisy Dina sekarang dah 4 tahun, anak manja tp sgt indipendent
Tiada ulasan:
Catat Ulasan