Isnin, 8 April 2019
Ingin Kembali
Rabu, 26 Februari 2014
Saya Kini kembali lagi..for new version!!!
Ahad, 21 Oktober 2012
cerita 11 september 2011
Tetiba tangan aku mengklik pada folder picture, folder bertarikh 11 september, dan akhirnya membuatkan hati terasa rindu pada tarikh tersebut. Gambar tersebut akan menceritakan segalanya...betapa Allah Maha Besar memberikan kami merasai kasih dan rindu..
Pada hari tersebut aku cuba masak karamel puding, ini makanan kesukaan aku..sbb tu ku nak kawan2 aku pun rasa bersama..Kegembiraan bersama osmetku, zai dan jah masa menyediakan menu ini tetap dlm ingatan. Zai n jah da macam adik aku, n masa kt umah akulah masterchef yang mengajar diorang semua..w/pun masa tu aku tak sure berkaitan ngan resepi..hahahahahahha (kekadang aku google je kt tenet)
Jumaat, 3 Februari 2012
Hidup tanpa Kerja Part 1
Dah hampir sebulan aku tak kerja..mula2 rasa kekok gila x keje..boring xleh nk cakap..amik masa plak nk kena sesuaikan diri kt umah mentua, maklumlah sebelum ni kan aku duk membujang walaupun dah kahwin, klu balik pon paling koman seminggu, itu pun x lekat kt umah..ade je plan nk jenjalan.. tapi balik kali ni bercuti panjang, 5 bulan beb..ape lagi mggu pertama hati memberontak, jiwa meronta2..kemurungan sekejap..nasib baik dapat husben memahami..di wat donno jer bila aku geram ke hape...mak mentua aku..hurmm..mmg aku tabik arrr..aku duk umah ni bagai tuan puteri kayangan pun ade..bgn tdr, mkn..pastu tgk tv..membesarkan bontot..tdr lagi..tdr lagi..mkn lagi..hehehehhe tapi aku rajin gak kemas bilik aku jer..abis dinding2 aku basuh sekali, boring katakan..
tapi ade dua perkara yang menjadi kerja sampingan aku kt umah ni..
kopek telur
kopek timun
hahahahahha..itulah keje aku sebagai surirumah buat masa ni..tenkiu gak kt hasben aku yer bg keje part time ni..orait now aku kena masuk keje dlu..chowww..nanti tulis lg entry sepanjang aku bercuti..chowwwww
Selasa, 11 Oktober 2011
SYUKUR!!!
Assalamualaikum w.b.t
Walau aku dah lama tidak mengarang apa-apa cerita di blog yang entah atau tidak ade pembacanya, aku tak kisah asalkan ianya dapat jadi kepuasan pada diri sendiri, blog ini aku anggap tempat yang terbaik me’release’kan perasaan yang kadang-kadang entah apa rasanya.
Tetiba minggu ini aku merasa diri amat down atau lebih senang tak de langsung motivasi apabila nak kerja ataupun kat rumah, rasa seperti hilang semua jiwa-jiwa kental aku dlu. Adakah ini mood orang mengandung disebabkan pembawakan budak?? Atau memang penyakit kejiwaan yang dicipta oleh aku sendiri?
Manakan tidak aku cakap begitu, kain kalau aku basuh minggu ni, minggu depan aku baru aku terhegeh2 nak lipat, selagi housemate aku tak kata nak guna penyidai kain tu, tak de maknanya aku nak angkat baju2 tu semua, kadang2 aku rasa memang tak patut aku nihh..tapi syukur..housemate aku ni baik2 semua, hope diorang tak terasa hati la ngan perangai aku ni..aku tetap sayang housemate aku seperti adik2 aku jugak.
Itu baru cerita kat rumah, citer kat ofis plak, masuk jer bilik, tp nk muntah2..pening dan rasa mcm nk tidur, nak buka fail kes pun dah malas, kadang-kadang aku biarkan aje fail kes tu kt rak tanpa berusik, sedih betul, tapi memang jiwa dan mood keje tiada, apa aku boleh buat selama tiga hari dah aku wat macam tu.
Aku rasa seperti keja aku dah merosot, huhhh..penat, banyak perkara yang sedang mengacau kepala otak aku sekarang, fikir pasal kak long yang sakit, fikir pasal mak mentua nak ke mekah, fikir pasal suami x de kawan bila mak dia ke mekah, macam2 fikir..benda yang patut aku fikir pun datang menyemak gak kepala otak ni..
Tapi apa pun aku lalui, aku masih tetap bersyukur, aku tak terlalu jauh dibawa perasaan, walaupun orang yang aku saying, orang yang aku nak jumpa, dan orang yang aku nak lawat tak de depan mata, aku masih lagi berhubung dengan telefon, itulah cara aku memujuk hati, aku jugak syukur banyak2, di kala aku buat perangai ntah ape-apa, housemate aku masih lagi maintain, aku jugak bersyukur, kawan-kawan aku masih lagi bantu aku bagi semangat, motivasi, sokongan dan dorongan, aku amat bersyukur memiliki teman-teman sebaik mereka.
SYUKUR!!!! Sebab Allah pisahkan sementara aku dengan orang2 yang aku sayang, tapi Allah berikan aku kawan-kawan yang begitu penyanyang.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Bermula episod kehidupan baru
Seperti biasa setelah bersawang penuh blog ini, barulah tuan empunya sibuk untuk menyapunya. Tak kisah lah, janji blog ini masih bertuan.
Di kesempatan ini jua, ingin mewarkan bahawa tuan empunya blog ini telah dimiliki sepenuhnya dan majlis berjalan dengan penuh kesederhanaan.Alhamdulillah.
Majlis berlangsung di rumahku pada 3.6.2011 dengan majlis akad nikah, kemudian pada keesokannya adalah hari menjamu selera.
Thanks kepada semua yang menjayakan majlis wlimah kami terutama kepada ahli keluarga kedua-kedua belah pihak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
Jumaat, 18 Februari 2011
Gift From Heaven~Syafiyyah Humaira~
butek a.k.a Syifa..her cousin