Rabu, 27 Mei 2009

Bengkel PTD kampung Bandar Lama Manjung & Kursus Asas PTD, Johor Bharu

BENGKEL PTD,KG BANDAR LAMA, MANJUNG, PERAK (24-26 April 2009)

Bengkel PTD, Kampung Bandar Lama Manjung, Perak telah dilaksanakan pada 24-26 April 2009, seramai 40 orang peserta telah terlibat..kami tinggal di Pasir Salak Resort,ermmm..yang seronoknya kami dapat naik bot menyelusuri sungai Perak..(Maaf ye teman, gambar tak de dalam simpanan sy..nanti sy upload yer...)








KURSUS ASAS PTD, JOHOR BHARU (27-30 April 2009)

Kursus APTD, bermula pada 27-30 April 2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia, JB dengan kehadiran peserta seramai 80 orang dari seluruh negeri Johor..Saiful, Zailan, Aku n Zakiah merupakan fasilitator bg kursus nihhh...



Aku ngan Mek Zek kat tepi pantai Lido sambil mkn You tau fu


kat Danga Bay..rileks2 jap..selepas habis kelas...

Posing beb...

aku ngan mek zek skali lg...

Selasa, 26 Mei 2009

Bengkel Pathway Homestay Level 2 & 3 di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur

Bengkel nih berlansung pada 20 hiNgga 23 April 2009, INFRA kearah persijilan Homestay..jadi kami sebagai Trainer kena la bantu siapkan modul homestay...


Maybe bengkel nih ade sambunganya...bos buat la kat cameron...

Aku ngan En.Zukni (Travel Agency) yang banyak memberi pendapat pada pihak INFRA

Bos ni bukti Drs. Nasa sedang cilok....potong gaji dia bos..hahaha..gurau jer

Mrs. Anis n Dr. Marzuki sedang buat cara nk market Homestay..serius tuhhh..

Geng En. Shamsudin (UPM) Zailan n Tn. Hj Halil (Bos Kursus Homestay INFRA)..



Walaupun penat memerah otak..tp bestttt....

Bengkel PTD kampung Melayu Baharu, Lenga, Muar Johor (10-12 April 2009)

Kampung Melayu baru Muar merupakan salah sebuah perkampungan didalam daerah Lenga..Pengerusi JKKK yang sangat peramah orangnyer..asyik bercerita sahaja sepanjang kami kat sini..Selama berada disini saya dan kawan2 tinggal di Homestay..cantik sungguh rumahnya..dan yang paling best kat sni glamour ngan mee sanggul dan mi bandung muar..sempat la jgk kami dan kwn2 merasainya...tapi syg gambar semasa disini tak banyak..

Papan tanda sebelum masuk kampung...

Salah satu produk yang boleh dikomersialkan..
Tabika ni pernah menang sebagai Tabika tercantik bagi daerah Johor
Sebahagian Perserta Bengkel PTD
Pengerusi JKKK membantu peserta mengendalikan bengkel..

Bengkel PTD kampung Orang Asli, Lubuk Bandung, Jasin, Melaka (3-5 April 2009)

Kampung Orang Asli Lubuk Bandung Jasin Melaka merupakan kampung orang asli yang sangat membangun..penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum..ade yang menganut agama Islam,Budha, Hindu dan ramai juga yang Animisne..diketui oleh Tok Batin San Pat, Perkampungan ini sangat kecil..keadaan rumah yang moden, ismewanya..setiap rumah ade nama..dan setiap jalan tertera nama penduduk yang telah mencurahkan bakti atau batin2 yang lepas..paling saya suka berada dikampung ini iailah semangat kerjasama dintara penduduk dan mereka sangat menepati masa...

Mencari penerangan yang lebih jelas adalah penting dalam bengkel PTD
Setiap pandangan peserta diambil kira dalam Pelaksanaan Pelan Tindakan Desea

Perbincangan dalam Pasukan adalah penting....
Inilah semangat anak kampung dalam merancang pembangunan kampung..
Para Belia juga terlibat secara langsung kearah pembangunan kampung

Bengkel PTD kampung Gedok,Gemencheh, Negeri Sembilan (27-29 Mac 2009)

PTD kampung Gedok, Gemencheh..Kg. Gedok pun banyak potensinya..terutama dalam pertanian dan penternakan kampung..paling best dapat melawat tanaman maman dan ke ladang lembu milik che tom yang berusia 65 tahun...Hj. Pahim (pengerusi JKKK, memang baik sekali..rajin bawak kami melawat IKS dan Projek2 dikampung....
Hari Pertama, melawat projek maman...

Projek ternakan lembu susu mak Tom...
Industri IKS Peladangnita..macam kerepek ader..leh order..
Memberi tunjuk ajar dalam perlaksanaan bengkel..

Penyampaian cenderhati..tima kasih yer akak...

Penyampaian hadiah pada kumpulan yang paling baik dalam bengkel..
Gambar Kenangan dengan JKKK Kampung Gedok, Gemecheh, Negeri Sembilan

Gambar En. Zai (Ketua Penyelaras) dipukul oleh makcik yg latah..mesra nampak..hu..hu..hu.

Dah abis keje..kami pun pergilah rendam kaki kat kolam air panas..release tension..

Bengkel PTD kampung Gong Guchil, Besut,Terengganu (20-22 Mac 2009)

Kampung Gong Guchil nih sangat cantik..lanskap dia menarik..dan terkenal dengan kampung sanggar budaya, walaupun dah berada dekat ngan bandar, tapi suasana kampung tetap terpelihara..perjalanan hampir lapan jam terbayar jgk bila sambutan dan layanan yang baik dan mesra oleh penduduk kampung..Pengerusi JKKK (Pak Muda) dan AJK yang lain semua baik2...

.
Trasde Mark Kampung...
Peserta bagi tumpuan yang penuh...baik sekali...
Gini la kerja kami..bila masuk kampung kena kreatif..white board tak de, playwood pun jadi..
Amik kesempatan meninjau projek JKKK..bagi makan pada ikan keli..
Kerjasama dan keharmonian terus dipelihara..menghadiri majlis cukur jambul anak penduduk kampung..
Keropok lekor dan losong untul ole-ole kawan kat k.L
Kuih Tradisional terengganu..mesti rasa..
Gambar kenangan kat kat pantai terengganu..

Kejadian yang telah berlaku bermula Mac hingga Mei 2009

Assalamualaikum..

sudah hampir berbulan aku tak mengupdate blog ni..kekawan pun dah tanya...nape la tak update2 nihhh..aku bkn tak mau update..tp kdg2 tak tau nk citer aper..dan kadang2 masa plak tak mengizinkan nk update blog2 nihh..
Jadi untuk pengetahuan kekawan semua..aku akan citerkan apa yg telah aku lalui sepanjang bulan februari dan mei 2009 nihh..
Meh kita tgk ape yang dah terjadi..
Bulan Mac tak ingat tarikhnya rasanye dalam 13 mac la..

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN KENDURI KAHWIN KAKAK AKU....




Majlis ini walau sederhana tapi meriah...