Rabu, 27 Mei 2009

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kg (18-21 Mei 2009)

Baru balik dr Labuan..aku sambung lagi ke Hotel Grand Continental, Kuantan..untuk KPPK dari daerah Kuala Terengganu dan Pekan, Pahang.
Peserta semua sungguh sporting dan banyak memberikan kerjasama dalam kursus kali nihh...Tahniah utk Ketua2 kampung bagi daerah Pekan dan Kuala Terengganu...


Peserta memberi tumpuan yang penuh dalam sesi ceramah..baik sekali
Perbincangan dalam kumpulan
Pembentangan adalah salah satu kaedah membina keyakinan diri..

Bengkel PTD kampung Bukit Kuda Labuan, W.P(15-17 Mei 2009)

Bengkel Pelan Tindakan di Labuan W.P pada 15-17 Mei 2009, saya bersama sifu All Ashari ke sana,manakala terdapat dua team lain ke Sabah..tp Flight kami tak sama..jadi tak dapat la gi skali ngan diaorang..flight sy jam 7.50 pg, sampai di airport labuan jam 10.45 pagi..jom kita tgk ape yg terdai kat labuan...

pagi buta..ngan mata ngantuk..sempat la pose kat dalam kapal..
Tempat pertama aku lawati...
Posing jappp.....
Dah check in kat Homestay...sambil nk gi amik Azmi (dr INFRA Caw. Sabah) sempat lagi ke Bazaar Labuan..
Aishah siap sedia shopping..ingat nk tgk jer dlu..
tp...ishhh..murah wehh kain2 kat sni..utk ma, adik, kakak..semua beli sy amik la kak...
ishhh..datang plak kedai jual camni..aku pun jadi rabun mata..beli la ole2 utk family..
Akhirnya aku terbelanja hampir RM500.00...
Shopping2 jgk..keje perkara utama..melawat rumah Homestay..
Merasai keenakan satay Bukit Kuda..

Taklimat kepada peserta kursus...

update ape yang patut...

Penat2 keje..tok ketua belanja makan ketam..nyumm..nyum..
Azmi memang terror mkn ketam....ishhh..ishhh..ishh..semua kekenyangan.
Tima kasih orang Bukit Kuda, Labuan...nanti sy dtg lagi..bai..

Bengkel PTD kampung Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan (30-2 Mei 2009)

Mengejar masa dan tarikh kursus beginilah..bermula dengan bengkel Pathway Homestay, kemudian PTD, Manjung Perak, Kursus APTD di JB, kemudian ke Kg.Kuala Nal di Kelantan..penat2..tp bila dah dekat ngan kg. halaman, ternyata penat tuh dah hilang..dengan..pada bulan april aku rasakan bilikku seakan hotel jer..tempat transit menukar pakaian..he..he..he..dari JB ke INFRA pada jam 7.00 mlm, kemudian ke warta jam 8.00-9.00 mlm (nk beli hanset, handset lama buat hal) jam 10.30 mlm bertolak ke Kelantan, sampai jam 7.30 pg. Jam 8.00 pg dah start kelas, inilah hr2 yang benar2 mencabar..tp aku dapat rasai keseronokanya..apabila dapat jumpa balik saudara lama yang tinggal kat sni..
Cik Farah seorang setiausaha yang cekap..
Permandangan di sungai Nal..satu potensi yang boleh dimajukan..
sesekali merenung masa depan..
ha..inilah Tok Su (baju purple) saya..yang dah hampir 5 tahun tak jumpa..
Mengendalikan bengkel.........
Melawat projek tanaman cili, diusahakan oleh Belia kampung..SYABAS!!!!!
En.All banyak membantu sy sepanjang bengkel..thanks my senior n Sifu
Perbincangan sesama penduduk..Tok Su sy berbaju putihhh

Bengkel PTD kampung Bandar Lama Manjung & Kursus Asas PTD, Johor Bharu

BENGKEL PTD,KG BANDAR LAMA, MANJUNG, PERAK (24-26 April 2009)

Bengkel PTD, Kampung Bandar Lama Manjung, Perak telah dilaksanakan pada 24-26 April 2009, seramai 40 orang peserta telah terlibat..kami tinggal di Pasir Salak Resort,ermmm..yang seronoknya kami dapat naik bot menyelusuri sungai Perak..(Maaf ye teman, gambar tak de dalam simpanan sy..nanti sy upload yer...)








KURSUS ASAS PTD, JOHOR BHARU (27-30 April 2009)

Kursus APTD, bermula pada 27-30 April 2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia, JB dengan kehadiran peserta seramai 80 orang dari seluruh negeri Johor..Saiful, Zailan, Aku n Zakiah merupakan fasilitator bg kursus nihhh...



Aku ngan Mek Zek kat tepi pantai Lido sambil mkn You tau fu


kat Danga Bay..rileks2 jap..selepas habis kelas...

Posing beb...

aku ngan mek zek skali lg...

Selasa, 26 Mei 2009

Bengkel Pathway Homestay Level 2 & 3 di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur

Bengkel nih berlansung pada 20 hiNgga 23 April 2009, INFRA kearah persijilan Homestay..jadi kami sebagai Trainer kena la bantu siapkan modul homestay...


Maybe bengkel nih ade sambunganya...bos buat la kat cameron...

Aku ngan En.Zukni (Travel Agency) yang banyak memberi pendapat pada pihak INFRA

Bos ni bukti Drs. Nasa sedang cilok....potong gaji dia bos..hahaha..gurau jer

Mrs. Anis n Dr. Marzuki sedang buat cara nk market Homestay..serius tuhhh..

Geng En. Shamsudin (UPM) Zailan n Tn. Hj Halil (Bos Kursus Homestay INFRA)..



Walaupun penat memerah otak..tp bestttt....

Bengkel PTD kampung Melayu Baharu, Lenga, Muar Johor (10-12 April 2009)

Kampung Melayu baru Muar merupakan salah sebuah perkampungan didalam daerah Lenga..Pengerusi JKKK yang sangat peramah orangnyer..asyik bercerita sahaja sepanjang kami kat sini..Selama berada disini saya dan kawan2 tinggal di Homestay..cantik sungguh rumahnya..dan yang paling best kat sni glamour ngan mee sanggul dan mi bandung muar..sempat la jgk kami dan kwn2 merasainya...tapi syg gambar semasa disini tak banyak..

Papan tanda sebelum masuk kampung...

Salah satu produk yang boleh dikomersialkan..
Tabika ni pernah menang sebagai Tabika tercantik bagi daerah Johor
Sebahagian Perserta Bengkel PTD
Pengerusi JKKK membantu peserta mengendalikan bengkel..

Bengkel PTD kampung Orang Asli, Lubuk Bandung, Jasin, Melaka (3-5 April 2009)

Kampung Orang Asli Lubuk Bandung Jasin Melaka merupakan kampung orang asli yang sangat membangun..penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum..ade yang menganut agama Islam,Budha, Hindu dan ramai juga yang Animisne..diketui oleh Tok Batin San Pat, Perkampungan ini sangat kecil..keadaan rumah yang moden, ismewanya..setiap rumah ade nama..dan setiap jalan tertera nama penduduk yang telah mencurahkan bakti atau batin2 yang lepas..paling saya suka berada dikampung ini iailah semangat kerjasama dintara penduduk dan mereka sangat menepati masa...

Mencari penerangan yang lebih jelas adalah penting dalam bengkel PTD
Setiap pandangan peserta diambil kira dalam Pelaksanaan Pelan Tindakan Desea

Perbincangan dalam Pasukan adalah penting....
Inilah semangat anak kampung dalam merancang pembangunan kampung..
Para Belia juga terlibat secara langsung kearah pembangunan kampung

Bengkel PTD kampung Gedok,Gemencheh, Negeri Sembilan (27-29 Mac 2009)

PTD kampung Gedok, Gemencheh..Kg. Gedok pun banyak potensinya..terutama dalam pertanian dan penternakan kampung..paling best dapat melawat tanaman maman dan ke ladang lembu milik che tom yang berusia 65 tahun...Hj. Pahim (pengerusi JKKK, memang baik sekali..rajin bawak kami melawat IKS dan Projek2 dikampung....
Hari Pertama, melawat projek maman...

Projek ternakan lembu susu mak Tom...
Industri IKS Peladangnita..macam kerepek ader..leh order..
Memberi tunjuk ajar dalam perlaksanaan bengkel..

Penyampaian cenderhati..tima kasih yer akak...

Penyampaian hadiah pada kumpulan yang paling baik dalam bengkel..
Gambar Kenangan dengan JKKK Kampung Gedok, Gemecheh, Negeri Sembilan

Gambar En. Zai (Ketua Penyelaras) dipukul oleh makcik yg latah..mesra nampak..hu..hu..hu.

Dah abis keje..kami pun pergilah rendam kaki kat kolam air panas..release tension..